Terkini

Rabu, 28 Oktober 2015

Mahathir Dicabar Bertanding di Padang Rengas Sekiranya Yakin Cukup Sokongan

nazri-padang-rengas

Oleh kerana tidak berani mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan bertanding di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum (PRU 14) akan datang atas alasan sudah tua, mantan perdana menteri, Tun Mahathir dicabar pula bertanding di Parlimen Padang Rengas.

Pelawaan tersebut dibuat oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz setelah bengang melihat gelagat mantan perdana menteri selama 22 tahun itu tidak pernah berputus asa siang dan malam  mendesak Datuk Seri Najib meletak jawatan.

Mohamed Nazri yang juga anggota Parlimen Padang Rengas, dalam satu kenyataanya kepada pemberita berkata, beliau sangat mengalu-alukan bekas perdana menteri itu masuk bertanding di kawasannya sekiranya negarawan itu mempunyai cukup sokongan dan ada keberanian.

"Cara nak jatuhkan Najib, lawanlah beliau di Pekan... Jangan cakap banyak...Anda tahu bagaimana mahu jatuhkan (Najib).

"Kalau tidak mahu lawan Najib, lawan saya di Padang Rengas," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Dr Mahathir secara terbuka terus mengkritik Najib dan mendesak presiden UMNO itu meletak jawatan berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kewujudan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota Belud, menyarankan Dr Mahathir supaya bersara daripada politik dengan bermaruah.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. PECAT MUHYIDDIN DAN PECAT HALAU SAMPAH MUKHRIZ... TAK LAYAK JADI MENTERI BESAR IKUT BONTOT BELAKANG

    MAHATHIR REKA CIPTA KES LIWAT ANWAR MELAUI YUKTES.....MUKHRIZ JADI MENTERI BESAR IKUT JALAN BELAKANG, KETEPI SEMUA ORANG UMNO KEDAH

    INI TIDAK ADIL

    BalasPadam
    Balasan
    1. puhhhhhhhhhhhhhh - kamu ni timbul dari mana hebat nya statement kamu,,,,,,,, kamu tau apa paling nuar sukak ??? budak2 kamu nikamu belum hidup wktu tu

      Padam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.