Disediakan oleh
Kluang Today
10:00:00 PG
-
0
Ulasan
KLUANG: Bagi meneruskan tradisi membela rakyat, Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) Dun Mahkota dengan kerjasama Biro Kebajikan UMNO bahagian Kluang dan rangkaian pasaraya besar Econsave pada Selasa (3 Nov) telah menganjurkan satu program ziarah ke atas anak-anak kurang bernasib baik bertempat di Hospital Besar Hajjah Kalsom, dan Rumah Pengasih, Kluang.
Program murni ini diadakan bertujuan untuk memberi sokongan moral terhadap ahli keluarga yang mempunyai anak kurang bernasib baik selain memberi bantuan dari segi barangan keperluan dan lain-lain lagi.
Menurut Timbalan Ketua Bahagian Umno Kluang, En Md Nohalim Md Amin, program ziarah kasih ini juga adalah program bulanan yang bermatlamat untuk memastikan golongan yang disasar ini dapat dibantu dan dipenuhi keperluanya.
Tambah beliau, selain dari membela nasib golongan kurang bernasib baik, ia juga membuktikan bahawa pihak kerajaan hari ini yang diperintah oleh Barisan Nasional di mana tunjangnya adalah UMNO sangat prihatin dan sentiasa bekerja keras membantu rakyat.
Dalam program ziarah kasih kali ini, keluarga En Helmy Osman (37) dan isteri, Zarina binti Ghofran (33) yang tinggal di Taman Seri Impian, Kluang telah dipilih untuk menerima bantuan berupa barang kerperluan seperti lampin pakai buang, susu bayi yang disumbang khas oleh Econsave.
Pasangan ini yang dikurniakan cahaya mata perempuan berusia 8 bulan, anak mereka telah disahkan mengidap sindrom pernafasan dan perlu mendapatkan rawatan rapi. Dengan pendapatan bulanan yang tidak seberapa serta kos rawatan untuk mengubati penyakit ini tinggi, ia menjadi beban yang perlu digalas oleh keluarga.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.