Disediakan oleh
Kluang Today
11:07:00 PTG
-
1
Ulasan
Untuk mengelak dari mendapat malu lebih besar, DAP hari ini mengumumkan ketua publisiti parti itu menarik diri daripada berdebat secara terbuka dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysian Development Bhd (1MDB).
Menurut kenyataan Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng memberi alasan bahawa keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana tidak mahu mengorbankan keahlian PAC yang disandang oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu jika menyertai debat berkenaan.
Katanya lagi, biarpun Tony Pua adalah individu yang mencabar CEO 1MDB itu untuk berdebat, namun syarat perlu meletak jawatan keahlian PAC sama sekali tidak boleh diterima.
Jelas Guan Eng, DAP tidak sanggup kehilangan kedudukan dalam PAC kerana ia lebih penting dari debat berkenaan.
Tambah beliau, debat berkenaan 1MDB tetap akan diteruskan, bagaimanapun siapa yang bakal menggantikan tempat Tony Pua untuk berdepan dengan lagenda debat dari RMC (Royal Military College) itu bakal dibincang dan ditentukan dalam mesyuarat sekretariat Pakatan Harapan.
Berita penarikan diri Tony Pua yang diumumkan DAP melalui setiausaha agunya mendapat kritikan dan sindiran sinis dari seluruh rakyat Malaysia yang menanti dengan penuh harapan agar debat berkaitan isu 1MDB ini menjadi kenyataan.
Huhuhu
BalasPadam