Terkini

Jumaat, 6 November 2015

Arul Kanda Tolak Cabaran Debat Dari Individu Lain Kecuali Tony Pua

arul-kanda-debat-1mdb

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda menerusi kenyataan medianya hari ini menegaskan beberapa perkara penting berkaitan isu debat yang melibatkan dirinya dengan Tony Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Dalam kenyataan tersebut, Arul melabelkan Tony Pua sebagai pengecut dan pembohong besar apabila beliau bertindak mencabar sedangkan beliau mengetahui sebgai ahli PAC, beliau tidak dapat memenuhi dan bersembunyi di sebalik jawatan tersebut.

Arul juga menyebut bahawa beliau hanya mahu berdebat dengan Tony Pua dan bukanya orang lain kerana idea dan cabaran debat tersebut datang dari mulut pemimpin politik Dap itu sendiri yang sebelum ini telah menghinanya dengan pelbagai gelaran.

CEO 1MDB itu juga turut mencadangkan supaya ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggambil alih kedudukan Tony Pua dalam jawatankuasa PAC supaya Tony bebas untuk berdebat tanpa terikat dengan sebarang syarat dan peraturan.

Dalam pada itu, Arul turut menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak takut terhadap 'gurauan' Rafizi yang kini mencabarnya untuk berdebat kerana beliau pernah berhadapan dengan Rafizi sebelum ini.

Arul juga mengatakan, speaker mesti membenarkan beliau untuk berdebat tanpa menyikirkan kelayakan beliau sebagai saksi dalam siasatan itu pada masa hadapan. Arul juga mengesahkan bahawa beliau akan menjawab kesemua 10 soalan yang diajukan oleh Tony Pua - sama ada dalam perdebatan itu, jika dibenarkan oleh Speaker atau dalam PAC sendiri.

Tindakan Rafizi menawarkan diri bagi menggantikan Tony Pua untuk berdebat dengan 'bos' 1MDB itu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tindakan untuk menutup malu dan 'mencuci tahi' yang telah ditinggalkan oleh Tony Pua.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Rafiji is no where near Arul. He will just be riding on arul's fame. jangan layan org camni.

    BalasPadam
  2. Setuju dengan arul. Jangan pandai menyalak. Teach him a lesson!!!

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.