Disediakan oleh
Unknown
7:34:00 PTG
-
0
Ulasan
Umno sekali lagi dijadikan modal Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila lima Adun PKR mengambil sikap berkecuali dalam proses pengundian dalam usul dikemukakan pembangkang di DUN malam semalam.
Untuk membuktikan DAP adalah 'abang besar' dan semua parti politik yang bekerjasama dalam Pakatan Harapan perlu patuh pada arahanya, Guan Eng telah mengarahkan PKR menilai dan meneliti semula pendirian lima Adun berkenaan.
Lim Guan Eng bertindak demikian ekoran dari tindakan lima Adun PKR yang mengundi menentangnya dalam isu tebus guna tanah di kawasan seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.
Ususl tersebut telah dicadangkan oleh Adun Muhammad Farid Saad (BN - Pulau Betong). Dalam usul itu menyatakan kesan buruk yang bakal ditanggung oleh 500 nelayan dan ancaman terhadap habitat hidupan laut sekiranya pembangunan diteruskan di kawasan itu.
Bagaimanapun, setelah usul berkenaan dibahaskan, akhirnya ditolak apabila ia hanya mendapat lapan undi sokongan, manakala 22 lagi menentang.
Dalam pada itu, Guan Eng yang pernah diberi jolokan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz oleh sebuah parti Islam menganggap pendirian berkecuali kelima-lima wakil rakyat PKR itu seolah-olah kini sedang "bersama Umno".

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.