Terkini

Sabtu, 21 November 2015

Nasib Masyarakat India Terus Dapat Pembelaan Di Johor

ybj-indian-komuniti-1

Pada Bajet Johor 2015 lalu, sebanyak RM4 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri kepada masyarakat India di negeri ini khusus untuk pembangunan dan menjaga kebajikan mereka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan, Usahawan dan Penerangan negeri, Md Jais Sarday berkata, ini adalah bukti bahawa kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan kaum India dari segi pengagihan bantuan dan pelbagai perkara lain.

Jelas beliau, setiap masalah yang berbangkit melibatkan komuniti India di negeri ini sentiasa diambil peduli dan dijaga dengan baik oleh puncuk pimpinan sama ada kepimpinan MIC mahupun Umno-BN.

Md Jais yang juga Adun Mahkota berkata, kerajaan negeri telah meluluskan  peruntukan bantuan pendidikan, usahawan dan perubatan kepada 12 penerima yang membuat permohonan tersebut pada tahun ini.

ybj-indian-komuniti-2

Tambah beliau, bantuan yang disalurkan itu diberikan dalam bentuk ubat-ubatan bagi warga emas yang terlantar dan pesakit kemalangan. Kerajaan negeri juga turut menyalurkan bantuan pendidikan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri Johor sentiasa berlaku adil dalam menyalurkan bantuan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan Program Intervensi Kaum India Parlimen Kluang di Rest House Kluang, kelmarin, Md Jais turut menekankan bahawa program bantuan intervensi ini adalah bantuan khas untuk masyarakat India di negeri ini khususnya bagi membantu  dari segi bantuan pendidikan, perubatan dan keusahawanan.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan, Ketua MIC Bahagian Kluang, G Raman.

ybj-indian-komuniti-3
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.