Disediakan oleh
Unknown
10:23:00 PTG
-
0
Ulasan
Melalui tema Inklusif, Lestari dan Sejahtera untuk Johor, kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) telah memperuntukkan sebanyak RM541.10 juta dalam Bajet 2016 yang diumumkan baru-baru ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, angka tersebut merupakan yang tertinggi pernah disediakan dalam sejarah pentadbirannya berbanding hanya RM366.20 juta yang disediakan pada tahun lalu.
Jelas beliau, kerajaan berkemampuan menyediakan RM155 juta untuk projek dan program pembangunan fizikal, sosial selain projek berkepentingan awam lain.
Manakala baki selebihnya diagih kepada projek dan program ekonomi (RM213 juta), pembangunan infrastruktur dan kemudahan pentabdiran (RM95.1 juta), pembangunan agama Islam (RM45 juta) dan pengairan dan saliran (RM33 juta).
Bernama melaporkan, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM904.11 juta untuk perbelanjaan tanggungan dan bekalan jabatan-jabatan kerajaan, dan RM520 juta lagi dikhususkan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Mohamed Khaled yang juga Adun Permas berkata, bajet kali ini juga merupakan pelan terancang untuk mengangkat kesejahteraan rakyat Johor pada tahap yang lebih baik, selain manifestasi pengiktirafan di atas segala kerja keras, pengorbanan dan sokongan rakyat selama ini.
Tambahnya, kerja keras dan sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi itulah yang telah meletakkan Johor sebagai negeri yang semakin membangun, berdaya saing dan sejahtera pada hari ini.
“Bajet 2016 juga adalah sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang untuk beralih dari sebuah negeri berpendapatan sederhana kepada sebuah ekonomi berkesejahteraan dan inklusif, melangkaui unjuran dan perkiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK) semata-mata,” katanya.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.