Terkini

Khamis, 19 November 2015

Rahman Dahlan Selar Aksi Mesra Nurul Izzah Bersama Anak Pengganas Sulu

rahman-dahlan-nurul

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar gelagat Nurul Izzah Anwar bergambar dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu, Jacel H.Kiram Hasan.

Beliau menyifatkan perbuatan anak kepada banduan jenayah liwat itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima setalah banyak hati yang terguris dan nyawa yang terkorban akibat pencerobohan pengganas Sulu ke atas Sabah tidak lama dulu.

Menerusi laman Twitter beliau, ahli Parlimen Kota Belud itu berkata pertemuan dengan Jacel adalah satu kesalahan tidak kira apa alasan sekali pun.

izzah-jacel-sulu

Jelasnya lagi, Nurul bebas untuk bertemu dengan siapa sahaja di Filifina kerana itu adalah haknya, namun bertemu & bermesra dengan seseorang yang secara terbuka mengisytiharkan sokongan terhadap pencerobohan bersenjata di Sabah adalah tidak boleh diterima rakyat negara ini.

Sejak gambar naib presiden PKR itu bersama Jacel Kiram memegang poster yang tertera perkataan "release-Anwar immediately" menjadi viral di laman media sosial, ianya telah mengundangan kritikan rakyat negara ini yang masih belum melupai tindakan kejam pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara sehingga menyebabkan nyawa terkorban.

Dalam satu kenyataan lain, Nurul Izzah menjelaskan lawatanya ke Filipina pada 9 November lalu bersama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua adalah sebagai sebahagian daripada delegasi parti untuk bertemu pihak berkepentingan politik di negara itu.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. kecewa betul aku aku tengok nurul...dengan najib pun kecewa juga sbb dia salam dengan netanyahu...mereka berdua sama aje...berpura2 dan temberang

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.