Terkini

Rabu, 18 November 2015

Pas Tolak Penyatuan Namun Sedia Kerjasama Dengan Umno

pas-umno-kerjasama

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan sekali lagi mengulangi kenyataanya bahawa Pas tiada keperluan untuk bersatu dengan Umno.

Bagaimanapun, Pas tidak menolak kepentingan kerjasama dan perbincangan bersama Umno sekiranya ia melibatkan kepentingan rakyat dan negara, katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Jelas beliau, kerjasama antara parti yang berlainan ideologi adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan kerana perkara tersebut berlaku dalam semua parti.

Beliau turut memberi contoh kerjasama dua hala antara kerajaan negeri Pulau Pinang (Dap) dan kerajaan persekutuan (BN) dalam isu pembangunan di negeri itu. Katanya, semua pihak akan duduk semeja bersama-sama memberi pandangan dan membuat keputusan.

Kata Nasruddin lagi, tidak menjadi kesalahan bagi pemimpin parti melintasi persempadanan politik selagi ia dilakukan demi mengimbangi politik, pembangunan dan kepentingan rakyat.

Diakhir tembual, Nasaruddin sekali lagi menegaskan Pas dan Umno masing-masing mengamalkan dasar yang berbeza, bagaimana mungkin kami akan bersatu melainkan dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan agama, rakyat dan negara.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.