Terkini

Selasa, 17 November 2015

Kerajaan Johor Sedia Beri Potongan Bil Air Kepada Pengguna Terjejas

saj-air-johor

Penduduk dibeberapa buah daerah di Johor yang terlibat dalam penjadualan bekalan air yang berlaku sejak Ogos lalu bakal menikmati potongan bayaran bil air mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni berkata hasrat kerajaan itu akan dibangkitkan  pada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri November depan untuk kelulusan.

Jelas beliau, mekanisme pemberian potongan itu akan diputuskan sama ada dalam bentuk insentif, rebat atau pengurangan caj dan sebagainya.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Majlis Festival Minyak dan Gas 2015, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata , kerajaan negeri amat memahami kesukaran yang ditanggung kira-kira 20,000 pemegang akaun di kawasan Pasir Gudang, Masai dan sebahagian Johor Bahru dan Kota Tinggi yang terpaksa mengeluarkan belanja untuk membeli tangki dan peralatan bagi menadah air.

Tegasnya, keadaan yang berlaku bukan disifatkan sebagai krisis seperti yang didakwa pihak tertentu, sebaliknya catuan dilakukan bagi memastikan kelangsungan dua empangan, Sungai Layang dan Sungai Lebam membekalkan air secara berterusan.

Katanya, kerejaan negeri Johor telah mengenal pasti beberapa pendekatan penyelesaian yang boleh digunapakai untuk memastikan bekalan air bersih sampai kepada pengguna. Antaranya, projek pembenihan awan dan pemindahan bekalan air mentah dari dua sungai yang dijangka beroperasi Disember ini.

Beliau meminta penduduk di kawasan yang terlibat supaya bersabar  dan berharap dengan kedatangan musim tengkujuh ini ia dapat mengatasi situasi yang dihadapi.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.