Terkini

Ahad, 22 November 2015

Sudah Terlambat Untuk Nurul Izzah Menyesal

nurul-izzah-jacel-kiram

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataanya hari ini melahirkan rasa kesal beliau apabila gambar kontroversinya bersama anak perempuan kepada ketua Pengganas Sulu yang tersebar di media sosial baru-baru ini telah mengguris hati dan membangkitkan kemarahan rakyat negara ini.

Jelas Nurul, pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa berhubung pertemuanya dengan Jacel Kiram di Manila pada 9 November lalu.

Menurut laporan portal berita tempatan, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, tiada apa yang hendak disembunyikan  berhubung lawatanya ke sana.

Tambah beliau, lawatanya ke Filipina bersama bersama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang merupakan sebahagian daripada delegasi parti mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan politik di negara itu.

Bagaimanapun, penyesalan yang cuba dizahirkan Nurul Izzah berhubung perkara ini  sama sekali tidak boleh diterima kerana aksi mesranya bersama anak ketua pengganas Sulu itu telah menyebabkan luka lama yang masih berbekas di hati setiap waris anggota keselamatan yang terlibat kini berdarah kembali.

Pada Februari 2013, sekumpulan pengganas dari selatan Filipina menceroboh dan memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada awal  Mac 2013 satu pertempuran telah tercetus antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo.

Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Sehari selepas itu, enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.