Disediakan oleh
Unknown
9:32:00 PTG
-
2
Ulasan
Selepas tempoh 24 jam tuntutan maaf dan menarik balik tuduhan yang dilemparkan oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Akmal Nasir berlalu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan siang tadi telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini.
Jelas beliau, laporan Polis ini dibuat sebagai langkah permulaan sebelum tindakan susulan (undang-undang) diambil sekiranya Akmal masih lagi enggan memohon maaf dan menarik semula kenyataan selewat-lewatnya Khamis ini.
Bercakap kepada media, Jamil memberitahu bahawa beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Akmal yang telah melakukan fitnah jahat dan tuduhan itu amat keji bagi dirinya.
Ketika ditanya mengenai dakwaan menggunakan wang Yapeim, beliau berkata, soalan itu hanya akan dijawab di mahkamah nanti bersama bahan bukti.
"Kita jumpa di mahkamah. Saya juga bersedia disiasat sekiranya diperlukan. Mengenai saman terhadap sebuah portal pula saya serahkan kepada peguam saya untuk uruskan," katanya.
Sementara itu peguamnya Adnan Seman @ Abdullah berkata, pihaknya perlu meneliti segala dokumen berkaitan kerana tuduhan terhadap Jamil Khir itu dibuat secara peribadi.
Pengarah Now, Akmal Nasir sebelumnya mendakwa Jamil Khir menggunakan dana Yapeim bagi membiayai perjalanan lawatan ke Amerika Syarikat bersama isterinya pada tahun lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Akmal mendakwa rombongan tersebut yang melibatkan perjalanan selama sembilan hari menelan kos keseluruhan RM 410,978.56, ia melibatkan lawatan ke Washington DC, Iowa dan Minnesota daripada 21 hingga 29 Mei 2014 itu membabitkan aktiviti golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah.
Jelas beliau, laporan Polis ini dibuat sebagai langkah permulaan sebelum tindakan susulan (undang-undang) diambil sekiranya Akmal masih lagi enggan memohon maaf dan menarik semula kenyataan selewat-lewatnya Khamis ini.
Bercakap kepada media, Jamil memberitahu bahawa beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Akmal yang telah melakukan fitnah jahat dan tuduhan itu amat keji bagi dirinya.
Ketika ditanya mengenai dakwaan menggunakan wang Yapeim, beliau berkata, soalan itu hanya akan dijawab di mahkamah nanti bersama bahan bukti.
Sementara itu peguamnya Adnan Seman @ Abdullah berkata, pihaknya perlu meneliti segala dokumen berkaitan kerana tuduhan terhadap Jamil Khir itu dibuat secara peribadi.
Pengarah Now, Akmal Nasir sebelumnya mendakwa Jamil Khir menggunakan dana Yapeim bagi membiayai perjalanan lawatan ke Amerika Syarikat bersama isterinya pada tahun lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Akmal mendakwa rombongan tersebut yang melibatkan perjalanan selama sembilan hari menelan kos keseluruhan RM 410,978.56, ia melibatkan lawatan ke Washington DC, Iowa dan Minnesota daripada 21 hingga 29 Mei 2014 itu membabitkan aktiviti golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah.
"Kita jumpa di mahkamah. Saya juga bersedia disiasat sekiranya diperlukan. Mengenai saman terhadap sebuah portal pula saya serahkan kepada peguam saya untuk uruskan"
BalasPadam- mula2 24jam, pastu org tu balas gini, tambah plak 2 hari lagi..
- yup..kabinet Cash Is King (CIK) tul lah..
Relesk la..game baru nak mula...harap nanti bila dah sangkut tak ada lah buat kenyataan dalam mahkamah "Saya hanya bergurau"
Padam