Terkini

Ahad, 15 November 2015

Kerajaan Johor Rancang Penambahan Penduduk Melayu di Bandar Menerusi Taman Perbadanan Islam

Taman Perbadanan Islam Johor

Untuk memastikan setiap rakyat Johor mampu memiliki rumah sendiri dan merapatkan jurang antara kaum di bandar, Kerajaan Negeri Johor telah merancang untuk membina kira-kira 5,500 unit rumah menerusi enam Taman Perbadanan Islam, dalam tempoh lima tahun.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tujuan utama pembinaan rumah mampu milik tersebut adalah untuk menjayakan hasrat kerajaan negeri dalam usaha untuk menambah jumlah penduduk Melayu di kawasan bandar.

Khaled yang juga Pengurusi Perhubungan Umno Johor berkata, melalui penambahan jumlah penduduk Melayu di kawasan bandar itu nanti, konsep muafakat kebersamaan penduduk di bandar dapat dicapai selari dengan hasrat kerajaan negeri.

Antara kawasan yang terlibat dalam projek Taman Perbadanan Islam itu ialah Teluk Jawa, Pasir Gudang, Stulang Baru, Larkin, Rengit dan Muar.

Memetik laporan portal Umno Johor, Khaled berkata, kali terkahir projek pembangunan Taman Perbadanan Islam dilakukan di Kebun Teh pada tahun 1983 dan pembangunan yang dirancang menerusi enam kawasan terbabit turut menyediakan pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri akan menyediakan lebih 5,000 unit RMMJ pada tahun ini dan sebanyak lebih 6,000 unit akan siap dibina pada tahun depan.

"Menerusi projek pembangunan yang telah dirancang, kerajaan negeri komited dapat mecapai sasaran membina 42,000 unit RMMJ menjelang 2018 dan akan menilainya semula pada 2019 sama ada untuk menambah lebih banyak rumah jenis tersebut mengikut permintaan semasa,” ujar beliau.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.