Terkini

Isnin, 16 November 2015

LGE Arah Wakil Rakyat PJ Selatan Tarik Balik Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Najib

hee-najib-undi

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dilaporkan telah menarik balik usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang difailkanya sebelum bermula persidangan Dewan Rakyat.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said pada Isnin berkata wakil rakyat PKR itu menarik balik usul tersebut pada 5 November dengan memaklumkan kepada Dewan, mengikut Peraturan Mesyuarat 29 (1).

Tambah beliau, usul tersebut yang diletakkan dalam kertas aturan urusan mesyuarat dan usul-usul di susunan ke-27 ditarik balik oleh wakil rakyat dari PKR itu sendiri.

Penarikan semula usul itu dibuat setelah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak menyenangi tindakan Hee kerana mengemukakan usul tersebut dan bukannya Dr Wan Azizah.

Usul tidak percaya terhadap PM yang baharu telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 22 Oktober lalu.

Usul terbaru yang diafilkan Ketua Pembangkang itu memfokuskan dakwaan bahawa perdana menteri gagal memberi penjelasan berhubung wang derma bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.