Disediakan oleh
Unknown
5:15:00 PTG
-
0
Ulasan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kepada mana-mana pihak supaya berwaspada agar tidak diperdaya individu tertentu yang menggunakan nama Istana untuk meraih keuntungan dengan menjanjikan darjah kebesaran atau mengutip sumbangan bersempena Hari Keputeraannya, pada November ini.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi miliknya, Sultan Johor menyatakan bahawa pihak istana tidak pernah melantik mana-mana individu dalam perkara ini dan meminta pihak yang didatangi individu berkenaan terus melaporkan kepada polis sekiranya ia berlaku.
Baginda juga menafikan pihaknya ada melantik individu atau badan-badan tertentu untuk mengutip sumbuangan bagi sambutan hari jadinya. Dalam titahnya itu, Baginda turut menasihatkan agar rakyat dan mana-mana pihak tidak terpengaruh untuk menghulurkan sumbangan bersempena hari keputeraanya dan menegaskan ia adalah palsu semata-mata.
Sultan Johor juga mengisytiharkan 23 Mac sebagai cuti umum sempena kemahkotaannya dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada tahun ini bagi menggantikan cuti umum pada hari keputeraan iaitu 22 November.
Menurut rekod, sejak tahun 1886 hanya 763 angureh yang membawa gelaran Datuk telah dianugerahkan bersempena upacara istiadat, anugerah negeri dikurniakan.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.