Disediakan oleh
Kluang Today
11:00:00 PTG
-
0
Ulasan
Pakatan Pembangkang yang diketuai Dap ibarat sudah kehabisan modal untuk menghentam kerajaan apabila Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua mendakwa usaha kerajaan membantu rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai salah guna kuasa (rasuah).
Dakwaan oleh Tony Pua itu dibuat kerana bantuan yang diberi kerajaan tidak disalur kepada golongan misikin tapi sebaliknya ia diberi kepada kebanyakan rakyat negera ini yang berpendapatan sederhana.
Ketika ditemui pemberita, Tony Pua mengakui bahawa langkah kerajaan melalui pemberian BR1M adalah suatu dasar yang baik dan boleh diterima semua oirang, namun baginya dan Pembangkang ia telah disalahguna kerana wang bantuan tersebut telah diberi kepada ramai orang.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai pemberian BR1M yang akan menjadi sebahagian perkara yang disentuh dalam pembentangan Bajet 2016 esok.
Beberapa pendapat yang dipetik dari laman sosial ketika mengulas tentang perkara ini menganggap kenyataan terdesak Tony Pua itu dibuat kerana bimbang strategi serampang dua mata kerajaan Barisan Nasional untuk mendapatkan kembali sokongan mejoriti rakyat negara ini melalui pemberian BR1M berhasil dan diterjemah dalam bentuk undi pada PRU14 nanti.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.