Terkini

Jumaat, 23 Oktober 2015

Pembangkang Yakin Sasaran Defisit 3.1 Peratus Negara Mustahil Dicapai

wan-zizah-kipas

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan sasaran Defisit 3.1 peratus pada tahun 2016 yang ditetapkan oleh  Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2016 amat mustahil untuk dicapai.

Jelas beliau lagi ketika mengulas berhubung perkara ini berkata, sasaran tersebut musathil dicapai kerana kerajaan sentiasa memerlukan perbelanjaan tambahan dalam pelaksanaan belanjawannya.

Menurut isteri kepada banduan jenayah liwat itu lagi, hasil kutipan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  juga tidak dapat membantu menurunkan angka defisit negara.

Bercakap kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2016 hari ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata,  setiap belanjawan kerajaan, perlu ada bajet sampingan yang menyebabkan pelaksanaan belanjawan lebih dari yang diperuntukkan oleh kerajaan.

"Kita tengok sahaja projek Expressway Rapid Transit (ERT).. Walaupun itu projek yang baik untuk rakyat, tetapi projek itu tidak termasuk dalam pembentangan Bajet 2015.

"Ini menyebabkan peningkatan kepada defisit negara. Peruntukan yang ada tidak akan dapat menampung pelaksanaan pelan pembangunan bagi 2016, defisit akan meningkat," katanya lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pembentangan Bajet 2016 hari ini berkata, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus sekiranya negara tidak melaksanakan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan masih kekal dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. Pembangkang Malaysia apa kerajaan buat semua tak betul. Taik dari jamban di rumah depa jika tak kerana usaha kerajaan dan sistem kumbahan yang ada pasti dah timbus depa hidup-hidup.

    Ada Jijah Sepat fikir. Perkara sekecil itu pun dia tak pernah terfikir inikan pula nak komen fasal Bajet Negara.

    Sambil berak tu renunglah lubang jamban kot, kot dapat ilham apa kaitan lubang jamban dengan suami dia.

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.