Disediakan oleh
Kluang Today
11:03:00 PTG
-
0
Ulasan
Jangan terlalu memilih kerja..Itulah nasihat berharga dari Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah kepada graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian pada majlis kovokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-55 baru-baru ini.
Baginda turut mengingatkan para graduan supaya bersidap sedia untuk berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu kini sudah pasti cabaran dan kekangan dalam mendapatkan pekerjaan idaman terhad dan persaingannya juga hebat.
Para geraduan juga turut diingatkan supaya bertindak bijak dan mengambil peluang dan merebut apa jua program kerjaya yang dianjurkan kerajaan bagi membantu graduan universiti mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
Raja Zarith Sofiah yang merupakan Canselor universiti itu turut berharap agar graduan tidak melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi ketika mereka mengikuti pengajian.
Pada konvokesyen kali ini, seramai 5,543 graduan menerima anugerah masing-masing iaitu 325 orang bagi Ijazah Doktor Falsafah; 951 (Ijazah Sarjana); 2,988 (Ijazah Sarjana Muda); 633 (Diploma) dan 651 (Diploma Program Kerjasama UTMSPACE).
Sementara itu, dalam majlis sama, Permaisuri Johor turut berkenan mengurniakan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Penganugerahan itu bagi menghargai sumbangan beliau dalam memartabatkan institusi pengajian tinggi ke tahap yang boleh dibanggakan ketika menjadi Menteri Pengajian Tinggi dahulu.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.