Terkini

Isnin, 26 Oktober 2015

Ekonomi Malaysia Terus Kukuh Selepas Perlaksanaan GST

najib-ekonomi-gst

Biarpun perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ditentang hebat Pakatan Pembangkang yang mendakwa kononya cukai tersebut membebankan rakyat, namun bagi pakar ekonomi, GST terbukti menjadi penyelamat ekonomi Malaysia.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hasil kutipan GST dapat menampung kekurangan hasil kerajaan khususnya akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Jelas beliau, jika ekonomi Malaysia merudum kesannya termasuk kadar pinjaman akan menjadi lebih tinggi sekaligus menyebabkan rakyat menanggung kesusahan.    

Walaupun tindakan yang diambil kerajaan tidak bersifat populis namun ia dibuat demi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan negara, ujar Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib yang juga Presiden Umno berkata melalui Bajet 2016, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat termasuk anak-anak yang menyara ibu bapa diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500, masing-masing untuk ibu dan bapa.

Dalam pada itu, selepas merasmikan pusat membeli belah Nu Sentral dan Menara 1 Sentrum milik Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) hari ini, Najib berkata PHB telah mencapai kejayaan dalam membangunkan ekonomi Bumiputera sejak beroperasi pada 2007.

Katanya lagi, kewujudan pusat membeli belah Nu Sentral dan bangunan pejabat Menara 1 Sentrum membolehkan usahawan Bumiputera berkongsi limpahan rahmat pembangunan negara.

Beliau berkata kerajaan melalui PHB juga akan melancarkan unit-unit amanah dari semasa ke semasa bagi memberi peluang kepada Bumiputera melabur dalam sektor hartanah.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.