Disediakan oleh
Kluang Today
9:49:00 PTG
-
0
Ulasan
Gara-gara berkelakuan biadap dengan menghina Speaker Dewan Rakyat, veteran DAP, Lim Kit Siang telah dikenakan hukuman gantung selama enam (6) bulan dari menghadiri persidangan Parlimen di mana usul tersebut telah diluluskan pada Khamis.
Usul berkenaan dibuat berikutan Ahli Parlimen Gelang Patah itu didakwa menunjukkan sikap kurang ajar dengan menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membahaskan usul yang dicadangkan itu pada pukul 11.30 pagi.
Selepas perdebatan hangat yang berlarutan hingga beberapa jam, usul berkenaan diluluskan apabila 107 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 77 lagi membantah.
Dewan Rakyat kecoh apabila ahli parlimen berdebat mengenai kesahihan usul itu.
Isnin lalu, Kit Siang mendakwa Pandikar mensabotaj siasatan syarikat pelaburan strategik, 1MDB.
Jelas Kit Siang, Pandikar Amin dengan sengaja menghentikan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.