Disediakan oleh
Kluang Today
10:31:00 PTG
-
2
Ulasan
Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat telekomunikasi (Telco) yang gagal mematuhi arahan supaya harga kad prabayar bagi penggunaan telefon mudah alih kembali seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas 31 Oktober ini.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, syarikat telco yang beroperasi di negara ini telah diberi banyak masa untuk menetap dan menyesuaikan sistem mereka jika mahu mengenakan GST terhadap pelangganya.
Tegas beliau ketika bercakap di lobi Parlimen, kerajaan tidak akan menerima sebarang alasan daripada pihak Telco bahawa sistem komputer mereka belum bersedia berikutan tempoh yang lama telah diberikan sejak pelaksanaan GST pada 1 April lepas.
Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, beliau turut menjangkakan pihak Telco mampu menunaikan janji ini tanpa sebarang masalah setelah masa yang cukup diberikan.
Semalam, Johari berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar telefon kembali seperti asal pada 1 November ini.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan antara JKDM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memastikan pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kad prabayar.
KERAJAAN JANGAN RASA BANGGA DAPAT PAKSA SYARIKAT TELCO TURUNKAN BALIK HARGA JADI RM1O...
BalasPadamKERAJAAN PATUT KAJI ADAKAH SYARIKAT TELCO AKAN KENAKAN CAJ SEMBUNYI UNTUK MENUTUP CUKAI 6% TU
Bodoh betul la..mana ada turun pon harga aku beli topup hari ni
BalasPadam