Disediakan oleh
Kluang Today
10:00:00 PG
-
0
Ulasan
Tindakan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya menaikkan kadar tol, telah dijangka lebih awal sebelum ini ekoran cubaan mensabotaj ekonomi telah dijalankan semenjak beberapa bulan sebelum perlaksanaan GST lagi. Beberapa syarikat konsensi sebelum ini telah mengumumkan mereka akan menaikkan kadar tol secara bersendirian dengan alasan untuk menampung kos penyelenggaran dan pengurusan yang kian meningkat setiap masa. (Rujuk sini)
Isu konsensi lebuhraya telah muncul seawal tahun 1984 lagi. Pelbagai pihak terutama sekali pembangkang mendesak kerajaan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat-syarikat konsensi lebuhraya dibuat. Ini adalah kerana, terdapat banyak kepelikan dan keajaiban yang terkandung di dalam perjanjian tersebut terutama sekali hak syarikat-syarikat konsensi tersebut menaikkan kadar tol sedangkan secara logiknya, keuntungan mereka juga akan meningkat setiap masa ekoran pertambahan kenderaan dari semasa ke semasa selain kemampuan pemilikan kenderaan dan jalan-jalan tidak bertol yang dijanjikan sebagai jalan alernatif dikurangkan dari tahun ke tahun.
'PERJANJIAN GELAP' antara syarikat-syarikat konsensi lebuhraya samalah kesnya dengan PPA dengan pemegang-pemegang IPP di mana akhirnya, rakyat yang terpaksa menanggung dan menyediakan keuntungan besar buat mereka. Kadar dan tarif elektrik dinaikkan kerana kerajaan WAJIB membayar kelima-lima syarikat IPP berkenaan walaupun sebahagian daripada mereka, menggunakan tanah dan fasiliti milik TNB.
Sehingga kini semua PERJANJIAN GELAP tersebut diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Tidak banyak yang diketahui apakah isi kandungan perjanjian tersebut tetapi yang pastinya, setiap kali ura-ura kenaikan kadar tol, kerajaan akan mengumumkan dan mengisytiharkan tentang subsidi serta bayaran pampasan yang perlu diberikan kepada pemegang-pemegang konsensi tersebut, sedangkan pada masa yang sama, syarikat-syarikat tersebut sentias amengumumkan keuntungan besar daripada perniagaan mewah menyedut darah rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan masyarakat.
Perjanjian konsensi tol jelas menguntungkan syarikat-syarikat berkenaan. Kerajaan pada masa itu tidak menetapkan sebarang jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip, menyebabkan akhirnya rakyat yang terpaksa membayar pada kadar tol yang dilihat tidak munasabah.
Tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM400 juta kepada syarikat-syarikat konsensi tersebut kerana tidak menaikkan kadar baru. Bagaimanapun RM400 juta itu adalah WANG RAKYAT yang kemudian dikutip kembali daripada rakyat menerusi cukai baru yang menimbulkan kemarahan iaitu GST.
Salah satu lebuhraya utama yang berjaya 'dirampas' semula oleh kerajaan adalah PLUS. Dan berbanding lebuhraya-lebuhraya lain, PLUS dan lebuhraya-lebuhraya yang berkaitan dengannya masih mengekalkan kadar tol.
Selain daripada mengambilalih semula lebuhraya-lebuhraya berkenaan, kerajaan juga seharusnya menilai kembali keuntungan besar yang telah diperolehi oleh syarikat-syarikat konsensi berkenaan memandangkan berdasarkan PERJANJIAN GELAP sepertimana yang kerap dibuktikan, syarikat-syarikat konsensi berkenaan menuntut kenaikan dengan alasan 'perjanjian'.
Sudah terlalu lama mereka melanun dan menjarah rakyat menerusi dasar perlindungan yang diberikan oleh kepimpinan politik sebelum ini. Jadi, sudah sampai masanya, kesemuanya perlu dikembalikan kepada rakyat, bukannya dengan mengenakan bayaran yang lebih kepada rakyat, atau rakyat perlu menanggung keuntungan besar untuk syarikat-syarikat konsensi tersebut.
Yang pasti, rakyat yang terpaksa membayar keuntungan besar syarikat-syarikat konsensi itulah juga yang diminta untuk mengundi kerajaan bukannya pemilik-pemilik syarikat konsensi berkenaan!!!

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.