Terkini

Selasa, 13 Oktober 2015

Peguam Negara Pertahan Dakwan Terhadap 2 Orang Kanan Mahathir

khairuddin-matthias

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menjelaskan secara terperinci bahawa suami kepada pelakon Umi Aida yang juga Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan bersama peguamnya Matthias Chang Wen Chieh tidak didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Penjeleasan oleh Peguam Negara itu petang tadi sekaligus menafikan tuduhan liar Tun Dr Mahathir terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas kedua-dua orang suruhanya itu.

Menurut Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kedua-dua individu berkenaan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan.

Bagi menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu, Peguam Negara dalam sidang medianya berkata, Sosma adalah prosedur undang-undang yang menyediakan langkah-langkah khas untuk memudahkan penyiasatan dan pendakwaan berhubung kes 'kesalahan keselamatan'.

Pada sidang media itu juga, Mohamed Apandi turut menjelaskan maksud takrif 'kesalahan keselamatan' yang membawa maksud Sosma tidak terhad kepada keganasan atau pengganas.

Ujar beliau lagi, apabila Sosma digubal kesalahan keselamatan adalah kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan dan Bab VIA Kanun Keseksaan (kesalahan yang berkaitan dengan keganasan).

Tambah beliau pada 2014, senarai itu diperluaskan untuk memasukkan Bahagian VIB Kanun Keseksaan (Jenayah Terancang) di samping kesalahan di bawah Bahagian IIIA Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Pada Isnin, Dr Mahathir mempersoalkan pendakwaan terhadap Khairuddin dan Chang mengikut Sosma adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.