Terkini

Isnin, 12 Oktober 2015

Hanya Lapan Lebuhraya Terlibat Naikkan Kadar Tol Mulai Khamis Ini

tol-lebuhraya-naik-2015

Berdasarkan rekod, kali terakhir kadar tol dinaikkan adalah pada 1 Mac 2009 melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), BESRAYA dan NPE manakala tiada kenaikan oleh syarikat konsesi tol lain sejak 2008.

Bagaimanapun, selepas hari Khamis ini, kadar tol baru akan diperkenal yang melibatkan Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Turut mengumumkan kenaikan kadar tol ialah Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Menurut jurucakap ANIH Berhad, kadar tol baru KLK di Plaza Tol Gombak adalah RM6 (kelas satu), RM12 (kelas dua), RM18 (kelas tiga), RM3 (kelas empat) manakala kelas lima kekal RM5.

Manakala, bagi Plaza Tol Bentong pula, kelas satu RM3.50, kelas dua RM7, kelas tiga RM10.50, kelas empat RM1.80, dan kelas lima masih kekal RM3, katanya kepada wartwan sebuah angesi berita tempatan.

Dalam satu kenyataan lain, Maju Expressway Sdn Bhd yang mengutip tol di Lebuhraya MEX berkata kadar tol baharu bagi Plaza Tol Salak Selatan adalah RM2 (kelas satu), RM4 (kelas dua), RM6 (kelas tiga), RM1 (kelas empat) dan (RM1.50 (kelas lima).

Kadar baharu bagi Plaza Tol Putrajaya ialah RM3.50 (kelas satu), RM7 (kelas dua), RM10.50 (kelas tiga), RM1.80 (kelas empat) dan RM2.50 (kelas lima).

Tidak ketinggalan, SILK Holdings Berhad juga turut serta menaikkan kadar tol  bagi Lebuhraya Kajang-Silk adalah RM1.80 (kelas satu), RM3.60 (kelas dua), RM5.40 (kelas tiga), 90 sen (kelas empat) dan RM1 (kelas lima).

Bagi LATAR pula, KL-Kuala Selangor Expressway Berhad mengumumkan kenaikan kadar tol baharu bagi lebuh raya itu melibatkan Plaza Tol Ijok, Plaza Tol Kuang Timur, Plaza Tol Kuang Barat dan Plaza Tol Templer iaitu RM2.50 bagi kelas pertama, RM5 (kelas dua), RM7 (kelas tiga), RM1.30 (kelas empat) manakala kelas lima kekal pada RM2.

Dalam pada itu, BESRAYA (M) Sdn BHD turut mengumumkan penyelarasan struktur kadar tol di Plaza Tol Mines (Utara dan Selatan) iaitu RM2 bagi kelas pertama, RM4 (kelas dua), RM4 (kelas tiga), dan RM2 (kelas empat) manakala kelas lima kekal pada RM1.30.

Bagi NPE pula, New Pantai Expressway Sdn Bhd dalam kenyataan mengumumkan kadar tol baharu bagi Plaza Tol Pantai Dalam dan Plaza Tol PJS5 bagi kelas pertama ialah RM2.30, RM4.60 (kelas dua), RM6.90 (kelas tiga), RM1.20 (kelas empat) dan kelas lima kekal pada RM1.60.

Berita kenaikkan kadar tol ini mendapat maklum balas negatif dari pengguna lebuhraya di sekitar Lembah Klang, namun ada yang menjangkakan bahawa rungutan ini akan berkurang selepas dua atau tiga bulan kemudian.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.