Disediakan oleh
Kluang Today
10:19:00 PG
-
0
Ulasan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menolak cadangan Amerika Syarikat (Amerika) untuk melanjutkan tempoh paten ubat-ubatan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bagi sektor perubatan.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, tempoh paten ubat-ubatan itu harus dikurangkan bagi membolehkan sesebuah negara itu mengeluarkan ubat generik.
Katanya, sebelum ini jangka masa itu ditetapkan dalam tempoh 20 tahun tetapi terdapat cadangan daripada Amerika baru-baru ini bahawa tempoh itu patut dilanjutkan untuk menjaga hak harta intelek.
"Kita juga nak berikan ubat yang sama kualiti dengan harga yang murah kepada rakyat tetapi sekiranya cadangan itu diterima, maka negara rugi kerana terpaksa menunggu sehingga tempoh itu tamat sebelum dibenarkan untuk berbuat demikian.
"Kami daripada pihak KKM telah mengumumkan bahawa kami tidak setuju dalam hal tempoh patensi ubat-ubatan dilanjutkan kerana ini akan membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Tanglung Universiti Sains Malaysia (USM) malam tadi.
Beliau berkata, pengeluarkan ubat-ubatan generik tidak akan dibenarkan dalam tempoh tersebut sekiranya cadangan Amerika itu diterima oleh semua negara TPP.
Namun, Dr Hilmi berkata pandangan dan cadangan pihak KKM berhubung TPP masih dalam peringkat perbincangan.
Beliau turut mengakui bahawa penjanjian ini akan membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk berniaga dan memperluas perniagaan mereka ke luar negara.
"TPP akan menawarkan akses pasaran yang lebih luas kepada syarikat Malaysia serta memberikan kelebihan kompetitif kepada pengeksport," katanya.
Pada 5 Oktober lepas, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam kenyataan berkata: Sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada TPP akan menjadi keputusan secara kolektif.
Mustapa mewakili Malaysia pada rundingan TPP dengan 11 pihak lain iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. - Bernama

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.