Terkini

Sabtu, 8 Ogos 2015

Umno Sembrong Bina Rumah Komuniti di Taman Sri Lambak

hishamuddin-umno-sembrong

Demi memperkukuhkan lagi kedudukan Umno dan Barisan Nasional di Johor, Umno Bahagian Sembrong telah merancang untuk membina sebuah Rumah Komuniti di kawasan seluas 0.4 hektar di Jalan Lingkaran 2, Taman Seri Lambak.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Sembrong, Abd Ghani Abd Rashid berkata, bangunan yang menelan kos lebih RM1 juta itu bakal menempatkan pejabat Pusat Khidmat Anggota Parlimen Sembrong, Pusat Khidmat Adun Kahang, pejabat parti komponen BN serta beberapa pejabat komuniti.

Menurut Abd Ghani, projek pembinaan pusat komuniti yang dijangka siap pada Julai tahun depan itu turut dilengkapi sebuah dewan yang mampu menampung 700 orang dalam satu-satu masa.

Jelas beliau lagi, pembinaan bangunan itu adalah hasil sumbangan Umno Cawangan Sembrong selain usaha Hishammuddin sendiri.

Katanya, pembinaan tersebut sekali gus menggantikan operasi Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Sembrong dan Pejabat Umno Bahagian Sembrong yang kini disewa di perumahan sama.

Tambah beliau lagi, rumah komuniti ini boleh digunakan semua masyarakat dan bukannya Umno sahaja. Beliau turut berharap dan percaya bahawa organisasi Umno dan Parlimen Sembrong dapat digerakkan dengan lebih baik dengan adanya Rumah Komuniti ini.

Majlis peletakan batu asas pembinaan pusat komuniti tersebut telah disempurnakan Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersempena majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Sembrong hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor, Md Jais Sarday, Adun Kahang R Vidyananthan dan Adun Paloh Teoh Yap Kun.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.