Terkini

Ahad, 9 Ogos 2015

Muhyiddin Nyata Pendirian Tidak Akan Berkomplot Untuk Jatuhkan Presiden Umno

muhyiddin-umno-komplot

Biarpun tidak lagi menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, selaku Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak akan dan pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak termasuk parti pembangkang untuk menggulingkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, selaku orang nombor dua dalam parti yang ditunjangi orang Melayu itu, adalah tidak masuk akal untuk berbuat demikian.

Ketika brucap semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Muhyiddin menafikan dakwaan pihak tertentu yang cuba mengaitkan dirinya dengan beberapa oarang pemimpin Pembangkang bersekongkol dalam komplot untuk menumbangkan Perdana Menteri.

Muhyiddin turut menjelaskan, beliau yang kini sudah bersama Umno lebih 40 tahun terus nekad untuk menggalas amanah dan tanggunjawab sebagai timbalan presiden bagi meneruskan perjuangan untuk membela nasib orang Melayu.

Dalam pada masa yang sama, Timbalan Presiden Umno itu juga turut mengingatkan semua seluruh anggota Umno terutama di Selangor supaya tidak mengaku kalah untuk menawan kembali negeri itu pada pilihanraya umum akan datang.

Merujuk kepada pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi UMNO, Muhyiddin berkata anggota parti terutama sayap Pemuda perlu mengutamakan soal kepentingan perjuangan parti melebihi pangkat dan jawatan yang disandang.

Jelas beliau lagi, pimpinan pemuda perlu memainkan peranan lebih kreatif dan agresif dalam menyelesai dan mencari jalan untuk memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa seperti GST (Cukai barang dan Perkhidmatan), pengangguran anak-anak muda, kenaikan harga kos barang dan perkara-perkara yang boleh memberi beban kepada rakyat.

Ujarnya, Muhyiddin menasihatkan pimpinan Pemuda Umno supaya menggunakan  platform yang tepat bagi mengutarakan isu dan pandangan selaras dengan perkembangan arus semasa.

Diakhir ucapanya, beliau menyatakan komitmenya bahawa Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang maju dengan sokongan dan dokongan dari seluruh pimpinan terutama golongan muda berani dan tegas. 
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.