Terkini

Khamis, 2 Julai 2015

TMJ, Nazri Aziz Tamat Perang Mulut Demi Perpaduan Melayu

nazri-tmj-melayu

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataanya melalui laman soisal Facebook rasmi Johor Southern Tigers telah menyeru kepada pihak media supaya berhenti memainkan isu berkenaan dirinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Kerajaan Persekutuan.

Sempena bulan baik iaitu bulan Ramadan ini, TMJ telah membuat keputasan dan berlapang dada untuk menamatkan perang mulut antara kedua-dua belah pihak. Jelas anak sulung kepada Sultan Johor itu lagi, siri perang mulut yang berlarutan sebelum ini perlu ditamatkan segera kerana ia hanya akan merugikan kedua-dua belah pihak.

Namun, dalam pada masa yang sama, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor itu turut bertegas akan terus bersuara demi rakyat dan kepentingan negeri Johor.

Sejak tercetusnya perang mulut antara pihak Istana Johor dan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan itu, boleh dikira hampir setiap hari portal berita pro Pembangkang (Malaysiakini) telah mengulang siar cerita berkaitan sehingga menimbulkan salah faham dan kekeliruan banyak pihak.

Menurut dakwaan beberapa penganalisis politik, mereka berpendapat bahawa tindakan portal berita pro Pembangkang yang kerap melaporkan isu melibatkan TMJ dan wakil rakyat dari Perak itu adalah bertujuan untuk meniup api kebencian dikalangan orang Melayu-Islam (Johor dan Perak) supaya mereka bersengketa dan berpecah.

Sementara itu, dalam satu kenyataan lain, ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan menyambut baik kenyataan TMJ itu dan meminta agar keputusan tersebut dihormati semua pihak.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.