Disediakan oleh
Kluang Today
9:47:00 PTG
-
0
Ulasan
KLUANG - Kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mencemar duli melawat bazar Ramadan Taman Sri Impian, Kluang petang tadi membuatkan orang ramai terutamanya pengunjung bazar merasa amat teruja.
Baginda meluangkan masa hampir satu jam melawat gerai makanan yang terdapat di bazar tersebut dan membeli juadah berbuka yang dijual oleh para perniaga.
Ramai tidak menyangka dan merasa terkejut dengan kehadiran Sultan Johor yang kelihatan bersahaja di bazar Ramadan tersebut dengan diiringi beberapa orang pengawai pengiring.

Peniaga serta orang ramai pelbagai peringkat usia tidak melepaskan peluang beramah mesra bersama baginda sempena kehadiran beliau di sini.
Menurut sumber, setelah selesai membeli juadah berbuka puasa, Sultan Ibrahim dilaporkan memandu kenderaanya sendiri menuju ke plaza Tol Air Hitam.
Menurut sumber, setelah selesai membeli juadah berbuka puasa, Sultan Ibrahim dilaporkan memandu kenderaanya sendiri menuju ke plaza Tol Air Hitam.
Kredit foto: Kami Anak Jati Kluang, Johor
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.