Terkini

Selasa, 30 Jun 2015

RON95 Naik 10 Sen, Sambutan Hari Raya Dijangka Suram Tahun Ini

minyak-naik-julai

Desas-desus perubahan harga runcit petrol RON95 dan RON97 yang tersebar di laman sosial sejak petang Selasa semalam menjadi kenyataan hari ini apabila  Kerajaan mengumumkan kadar harga baharu bagi kedua-dua jenis bahan api tersebut.

Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti, harag diesel kekal pada RM2.05 seliter.

Sejak lewat petang Selasa, pengguna laman sosial mula heboh memperkatakan mengenai kenaikan harga minyak bagi RON95 yang bakal naik 10 sen manakala RON97 naik 20 sen.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dilapor mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan lagi mengumumkan harga baru petrol pada hari terakhir setiap bulan.

Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) mengalu-alukan tindakan itu kerana pengumuman awal akan mengganggu kelancaran operasi stesen minyak.

Melalui tinjauan di laman sosial, rata-rata warga Netizen tidak gembira dengan pengumuman kenaikkan ini. Kurang dua minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut 1 Syawal.

Mereka berpendapat musim perayaan bukanlah masa yang sesuai untuk menaikkan harga minyak kerana kesan kenaikkan ini akan menyebabkan harga barang keperluan untuk menyambut hari raya juga turut akan meningkat.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.