Disediakan oleh
Unknown
10:10:00 PTG
-
0
Ulasan
Sempena hari keputeraan Tengku Mahkota Johor yang ke 31 hari ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah dihadiahkan sebuah jet peribadi oleh ayahndanya, Sultan Ibrahim.
Berita gembira tersebut turut dikongsi di laman Facebook Johor Southern Tigers dengan beberapa foto yang dimuatnaik menunjukkan TMJ bergambar bersama ayahandanya di hadapan jet tersebut.
TMJ turut merakam ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaanya kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan diri beliau sempena hari keputeraanya.
Dalam satu kenyataanya di laman Facebook tersebut, Tunku Ismail juga turut memasang niat untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk majlis berbuka puasa selain menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.
Diakhir tulisanya, TMJ mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Rata-rata pengunjung laman sosial turut
meraikan kegembiraan itu di samping mendoakan baginda dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.