Disediakan oleh
Kluang Today
8:02:00 PG
-
0
Ulasan
Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada semalam telah mengeluarkan satu kenyataan bagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu yang kononya dana 1MDB telah dipindah masuk ke akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai cubaan 'sabotaj politik', PMO turut menjelaskan bahawa 1MDB sejak awal lagi telah menegaskan bahawa syarikat milik kerajaan itu tidak pernah menyediakan sebarang dana untuk kepentingan peribadi Perdana Menteri.
Menurut kenyataan itu lagi, terdapat usaha individu tertentu sedang giat merancang plot-plot pembohongan dan fitnah bagi tujuan mencemarkan nama baik kerajaan Malaysia yang dipimpin Barisan Nasional serta untuk melemahkan keyakinan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara.
Selain itu, PMO turut mendakwa fitnah ini senghaja dirancang bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah kepentingan individu tertentu tidak tidak dipenuhi.
Artikel yang disiarkan The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Jumaat mendakwa dana 1MDB mencecah AS$700 juta (RM2.63 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Bagi menepis segala pembohongan media pro Pembangkang, para pengamal media tidak seharusnya menerima maklumat tersebut sebagai sesuatu yang sahih melainkan jika disahkan oleh pihak berkuasa," katanya.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.