Terkini

Isnin, 13 Julai 2015

Tiada Batasan Bagi Siti Saleha Ketika Melakonkan Adegan Intim

siti-saleha-tudung

Pelakon Siti Saleha memberitahu dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau batas ketika melakonkan adegan intim dalam mana-mana drama lakonannya.

Siti Saleha, 25, berkata, apa yang dilakukannya ketika di lokasi penggambaran hanya sekadar lakonan semata-mata dan ia adalah seperti yang diminta pengarah.

Bercakap kepada wartawan, adik kepada Sam Bunkface itu menjelaskan bahawa apa yang terpapar dalam drama itu hanya lakonan semata-semata dan tidak berlaku apa-apa seperti yang dibanyangkan oleh penonton yang melihat cerita tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Siti Saleha turut berharap agar peminat faham akan tuntutan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan tidak mengkritiknya secara berlebihan.

Siti Saleha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang adegan berpelukan yang mendapat kritikan penonton kerana dianggap tidak lagi wajar.

Malah, dalam filem televisyen (FTV) Cinta Paling Agung lakonannya bersama pelakon Aaron Aziz turut mempunyai adegan berpelukan di atas katil ketika babak malam pertama perkahwinan mereka.

Filem tayangan Astro First Eksklusif itu bakal disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, dia tetap menghormati pasangan gandingannya seperti Aaron sebagai seorang lelaki yang sudah beristeri.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.