Disediakan oleh
Kluang Today
11:02:00 PTG
-
0
Ulasan
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataanya hari ini kepada pemberita, menjelaskan bahawa laporan awal oleh Ketua Audit Negara yang menyiasat aktiviti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menemukan sebarang bukti salah laku seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
Dalam pada itu, Ahmad Husni turut menyatakan bahawa dakwaan pihak tertentu tentang kehilangan RM42 bilion dan pemindahan sejumlah wang ke dalam akaun individu tertentu tidak berbangkit dan dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.
Menurutnya lagi, tumpuan kerajaan sekarang ialah untuk menjayakan pelan rasionalisasi dan kerajaan komited untuk menyelesaikan isu berhubung hutang 1MDB.
Tujuan muktamad pelan rasionalisasi ini ialah mengimbangi semula aset dan hutang 1MDB bagi menyokong struktur kewangannya yang akan memastikan kemampanannya pada masa depan, kata beliau.
Bagaimana pun, Ahmad Husni berharap agar segala dakwaan tidak berasas berbentuk fitnah yang dimainkan oleh pihak tertentu dan media asing ini dihentikan. Beliau turut menyeru agar rakyat dapat bersabar dan menunggu laporan akhir yang akan dibentang oleh Ketua Audit Negara (AG) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.