Disediakan oleh
Kluang Today
12:00:00 PG
-
0
Ulasan
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu sidang medianya hari ini memberi amaran kepada mana-mana ahli parti itu yang didapati terbabit menganggotai parti baharu bakal dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat dari keahlian.
Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan ahli PAS yang menyertai parti lain adalah bertentangan dengan perlembagaan parti itu dan khianat kepeda prinsip perjuangan asal parti.
"Kalau ikut perlembagaan parti, sebarang penyertaan ahli PAS dalam parti baharu akan digugurkan keahlian mereka secara automatik," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, peraturan dan perlembagaan parti tidak membenarkan mana-mana anggota terlibat mempromosi parti baharu atau menggerakkan ahli PAS untuk menganggotai parti itu.

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian merujuk kepada tindakan beberapa bekas pemimpin kanan PAS yang tewas pada pemilihan lepas melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru, yang dikatakan bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.
Tuan Ibrahim, bagaimanapun, berkata Gerakan Harapan Baharu masih belum didaftarkan sebagai parti politik atau pun badan bukan kerajaan dan tindakan masih belum boleh diambil terhadap individu terlibat.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.