Disediakan oleh
Kluang Today
11:43:00 PTG
-
0
Ulasan
Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataan medianya hari ini mendakwa terdapat beberapa orang pemimpin Pembangkang bersekongkol dengan pengendali Sarawak Report, Clare Brown untuk melakukan pemalsuan dokumen dan fakta berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau menjelaskan bahawa bukti baru dalam bentuk video pengakuan seorang individu itu dikemukakan oleh seorang pengadu yang membuat laporan polis di Petaling Jaya, pagi tadi.
Jelas beliau lagi, individu dalam video itu terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu di laman web Sarawak Report.
Menurut kandungan salinan laporan polis tersebut, video pengakuan yang dibuat oleh seorang individu itu turut mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersubahat dengan Clare Brown dan Sarawak Report.
Ahli Parlimen Kota Belud turut menyarankan agar pihak polis menjalankan siasatan rapi terhadap pendedahan tersebut untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.