Terkini

Isnin, 13 Julai 2015

Insiden Rusuhan di Plaza Low Yat Bukan Isu Perkauman - Najib

najib-lowyat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kejadian pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat perlu dilihat sebagai perbuatan jenayah dan bukannya satu masalah perkauman.

Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan media sosial untuk menghangatkan unsur perkauman dalam kejadian itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memberi perspektif tidak tepat tentang perkara sebenar yang berlaku.

Najib berkata beliau telah meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan berkesan untuk mengelakkan kejadian seperti yang berlaku malam tadi daripada berulang.

"Ini satu perkara yang perlu diserah kepada polis untuk lakukan siasatan rapi. Mereka yang langgar undang-undang, tindakan akan diambil.

"Saya nak tegaskan dalam perkara seperti ini, kelazimannya ialah untuk melihat sesuatu dari perspektif kaum. Satu perbuatan jenayah akhirnya dijadikan pertimbangan yang berunsur perkauman. Ini tidak seharusnya berlaku dalam negara kita," katanya. - Bernama
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.