Terkini

Isnin, 13 Julai 2015

Polis Tahan 18 Individu Terlibat Pergaduhan di Plaza Low Yat

polis-lowyat-insiden

Polis telah menahan seramai 18 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat dengan 14 daripadanya ditahan kerana melakukan rusuhan bersenjata yang berlarutan sejak petang Ahad hingga awal pagi Isnin.

Terdahulu, polis menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan pertama antara tujuh lelaki dan pekerja kedai telefon bimbit serta seorang suspek yang didakwa mencuri telefon di pusat beli belah itu, petang Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, berkata polis kini sedang mendapatkan perintah tahanan reman untuk semua 15 tangkapan terbaru itu.

"Dalam kejadian rusuhan itu, seramai tujuh orang dilaporkan cedera dengan tiga daripadanya adalah pengamal media.

"Kita minta orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan maklumat palsu yang tersebar di media sosial, kerana insiden pergaduhan dan rusuhan ini berpunca dari salah maklumat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau menegaskan, insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat sebelum ini antara tujuh lelaki dengan beberapa pekerja sebuah kedai telefon bimbit berpunca daripada kes curi dan tiada kaitan isu telefon tiruan atau perkauman.

Sehubungan itu, beliau minta orang ramai agar mendapatkan maklumat tepat daripada pihak polis dan bertindak secara rasional dengan tidak mudah mempercayai sebarang perkara yang tersebar di media sosial.

Sumber
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.