Terkini

Ahad, 12 Julai 2015

Buku Bertemu Ruas di Plaza Low Yat

low-yat-plaza

'Sudah tahu tempat tersebut ramai penipu, banyak jual barang tiruan kenapa masih ramai lagi pergi membeli di sana'. Itu lah luahan seorang komentar di laman sosial Facebook ketika mengulas insiden pergaduhan sekumpulan anak muda dan pemilik premis jualan telefon bimbit yang berlaku di Plaza Low Yat baru-baru ini.

Jika diungkit kembali rekod lama, insiden pergaduhan di Plaza Low Yat bukanlah kali pertama berlaku. Cumanya ia tidak banyak dirakam dan diviralkan di media sosial seperti yang berlaku hari ini.

Alasan atau punca pergaduhan di plaza yang hampir 100 peratus dimonopoli oleh satu kaum itu tetap sama iaitu disebabkan oleh rasa tidak puas hati pembeli atau pengguna yang merasa tertipu dan terpedaya setelah membeli sesuatu barangan seperti gajet atau peralatan komputer dengan harga yang tidak berbaloi dan tidak setara kualitinya.



Menurut tulisan yang dipetik dari laman blog TFK mendapati terdapat dua versi atau fakta kes yang menjadi punca pergaduhan besar itu berlaku.

Versi Pertama - Seorang budak Melayu telah ditangkap kerana mencuri telefon kumudian diserahkan kepada pengawal keselamatan. Pihak keselamatan plaza  itu pula menyerahkan anak muda tersebut kepada pihak Polis. Setelah siasatan dilakukan, pihak polis mendapati berlaku kesilapan teknikal dan budak Malayu itu dilepaskan. Disebabkan rasa tidak puas hati, budak Melayu itu bersama rakan-rakanya datang ke Low Yat dan mengamuk.

Versi Kedua - Seorang budak Melayu telah membeli telefon. Bagaimanapun dia telah ditipu apabila telefon yang dibelinya adalah telefon tiruan yang dibeli pada harga barangan tulen. Disebabkan rasa tidak berpuas hati, dia telah pergi ke premis tersebut dan meminta wangnya dikembalikan. Si pekedai enggan memulangkan wangnya. Sebaliknya bersikap kurang ajar. Budak Melayu itu telah merampas set original dan meninggalkan set tiruan yang telah diserahkan kepadanya. Peniaga penipu telah mencanangkan yang budak Melayu itu telah mencuri. Dia ditangkap dan kemudian diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis telah menyoalsiasatnya. Bagaimanapun, selepas berjaya menunjukkan bukti pembelian, budak Melayu itu dibebaskan. Tidak berpuas hati, dia kembali semula ke Low Yat Plaza bersama kawan-kawannya dan membalas dendam.

Kata sumber blog itu lagi, kedua-dua fakta kes yang dinyatakan tidak dapat dipastikan yang mana satu sahih dan boleh dipercayai. Namun, sumber blog tersebut menyerahkan kepada pihak pembaca untuk menilai sambil menjelaskan bahawa kes penipuan dan sikap kurang ajar peniaga-peniaga di sana bukan lah cerita baru.

Tambahnya lagi, pihak berkuasa seperti KPDNKK dan SKMM sepatutnya buka mata  dan turun padang melakukan pangawasan serta penguatkuasaan terhadap premis-premis perniagaa di sana yang menjalankan aktiviti menjual barangan tiruan seperti telefon bimbit dan peralatan komputer dengan harga yang tidak munasabah. Setakat hari ini, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Pada tahun 2009, Plaza Low Yat yang terletak di ibukota Kuala Lumur itu  pernah diiktiraf di dalam Malaysia Book of Records sebagai 'Malaysia's Largest IT Lifestyle Mall' iaitu pusat membeli belah terbesar bagi barangan elektronik dan komputer di Malaysia.

Namun, sejak beberapa kes penipuan, pemerdayaan dan penjualan barangan tiruan yang terdapat di gedung tekemuka itu dilaporkan, orang ramai kini mula menggelarkan Plaza Low Yat yang sering menjadi tumpuan itu sebagai pusat penjualan barangan tiruan dan klon terbesar di Malaysia.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.