Terkini

Sabtu, 11 Julai 2015

Penumpang Belakang Tidak Pakai Tali Pinggang Bakal Dikenakan Tindakan

tali-pinggang-keledar-belakang

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penumpang kerusi di tempat duduk belakang harus mula memakai tali pinggang keledar.

Bercakap kepada pemberita pada Sabtu selepas merasmikan Ops Hari Raya Aidilfitri, Tiong Lai mendedahkan hanya 9 peratus penumpang duduk di bahagian belakang memakai tali pinggang keledar mereka.

"Kita telah melaksanakannya sejak 2009 tetapi menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, hanya tujuh hingga sembilan peratus menggunakan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang," katanya.

Tiong Lai berkata bagi memastikan amalan pemanduan selamat pada musim perayaan akan datang, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa kementerian tersebut akan menguatkuasakan penggunaan kerusi kanak-kanak dalam kenderaan pada 2016.

Katanya, peralatan tersebut berharga dari Rm750 hingga RM4,000 setiap satu dan ia membebankan ramai ibu bapa.

"Kita faham ia agak mahal, oleh itu kita belum menguatkuasakan lagi peraturan itu.

"Namun, kementerian menggalakkan penggunaan kerusi itu bagi menjamin keselamatan anak-anak mereka," katanya.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. Aku ada 5 anak ,kadang kadang bila berjalan 4 orang anak aku ikut , talipinggang ada 3 , kena share ke, sila beri penjelasan

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.