Terkini

Sabtu, 11 Julai 2015

Lebih Ramai 'Zahra' Akan Lahir Sekiranya Graduan Muda Tidak Mahu Berubah

Saya-Zahra-MTEM

Baru-baru ini seorang graduan ijazah undang-undang telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan di hadapan pemimpin tertinggi negara mengenai kesengsaraan hidup golongan seusianya akibat kenaikkan kos sara hidup hari ini.

Difahamkan, ucapan tersebut telah disampaikan ketika sidang 'Laporan Sosio-ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi' yang berlangsung pada 17 Jun 2014 bersama timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di KLGCC.

Dalam ucapanya, Zahra banyak mengeluh tentang kesukaran hidup kebanyakan golongan muda di Malaysia walau berpelajaran tinggi. Zahra menggambarkan bahawa golongan yang senasib denganya seperti ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Zahra turut mempersoal, apakah yang akan terjadi terhadap nasib graduan muda pada masa akan datang sekiranya kerajaan tidak membantu golongan ini dan membiarkan perkara tersebut berlarutan. Katanya lagi, apa guna belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya menjadi pengemis di negara sendiri.

Pada awal penyebaran video ucapan Zahra itu yang dimuat naik di laman YouTube oleh MTEM Bersatu pada 7 Julai lalu. Bergunung kata-kata pujian dan sokongan telah diberi kepada anak muda  tersebut kerana berani menyuarakan realiti kehidupan golongan muda hari ini setelah video ucapanya itu menjadi viral di laman sosial.

FB-Komen-Faisal

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak merasa kurang senang dan tidak bersetuju dengan kenyataan Zahra tersebut. Mereka menganggap golongan yang sepemikiran dengan graduan undang-undang itu sebagai golongan malas, manja dan gemar menuding jari dengan menyalahkan pihak lain di atas kegagalan merancang hidup sendiri.

Memetik komentar di laman sosial, golongan muda hari ini turut disaran supaya berusaha dengan lebih gigih dan berani bersaing dengan mencontohi sikap dan budaya kerja orang terdahulu di mana pada waktu itu mereka tidak mengeluh ketika mencari rezeki dan membesarkan anak-anak.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.