Terkini

Sabtu, 11 Julai 2015

Tiada Sekatan Terhadap Laman Sosial di Malaysia

laman-sosial-kluangtoday

Menteri yang diberi tugas untuk menjaga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kerajaan akan menyekat beberapa laman sosial di negara ini.

Penafian tersebut dibuat setelah tersebarnya kenyataan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kepada rakyat negara ini  yang aktif di media sosial.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan individu yang menyebarkan dakwaan tersebut tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap negara.

Shabery juga percaya bahawa terdapat pihak cuba mengaut keuntungan dengan menyebarkan berita sensasi sebegini yang kononnya kerajaan akan menutup laman-laman media sosial di negara ini.

Jelasnya lagi, cadangan untuk menutup laman sosial pernah dikemukakan, namun cadangan tersebut tidak wajar dan terpaksa ditolak kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dengan (orang ramai) boleh menyatakan kewajaran dan pandangan.

Beliau turut menasihatkan pengguna Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya agar tidak merasa bimbang kerana kerajaan tidak akan  menutup laman sosial tersebut selagi tidak ada keperluan yang mendesak untuk menutupnya

Dalam pada masa yang sama, beliau juga turut mengingatkan orang ramai agar lebih bertanggunjawab dan tidak menyalahgunakan kelebihan laman sosial dengan mencetuskan hura-hara melalui penyebaran berita tidak benar atau fitnah sehingga menimbulkan kebimbangan dan kerasahan orang ramai.

Berkata kepada pemberita selepas program penyerahan bubur lambuk bersempena Program Eksplorasi Sehati Sejiwa 2015 di Hadapan Pasaraya Centre Point Kemaman, beliau memberi amaran bahawa kerajaan tetap akan mengambil tindakan terhadap mana individu atau pihak tertentu yang melanggar undang-undang berhubung perkara ini.

Sebelum ini, heboh diperkatakan di dalam media sosial bahawa kerajaan akan menyekat semua jenis laman sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram dan lain-lain berkuatkuasa 1 Ogos.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.