Terkini

Ahad, 5 Julai 2015

Najib Sudah Buat Keputusan Saman Wall Street Journal

najib-wsj-saman

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, membanyangkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan fitnah yang mengaitkan beliau dengan dakwaan penyelewengan wang berjumlah AS$700 juta atau RM2.6 bilion dalam masa terdekat.

Bercakap kepada media di Majlis Iftar Rakyat Negeri Selangor bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Rinching di sini, Najib menyifatkan tuduhan yang dibuat itu cukup jahat dan terancang semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinanya dan kerajaan Malaysia.

Pada sidang media yang berlangsung kira-kira dua minit itu, Perdana Menteri memberitahu akan merujuk perkara tersebut kepada barisan peguamnya terlebih dahulu dan perbincangan sedang dijalankan bagi memutuskan tindakan selanjutnya.

Pada Jumaat lalu, media antarabangsa itu menyiarkan satu artikel yang memetik 'penyiasat yang tidak dinamakan' mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.63 bilion) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, 1MDB menegaskan tiada dana dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Najib pada masa sama turut menafikan pemindahan sebarang dana yang dikaitkan dengan beliau, malahan beliau mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab terhadap 'penipuan' terbaharu itu.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.