Terkini

Selasa, 7 Julai 2015

Mahathir Dan ANAK Sepakat Mahu Najib Lepas Jawatan

mahathir-anak-fgv

Selepas 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini melahirkan kebimbangannya terhadap potensi Syarikat Felda Global Ventures (FGV) menemui kegagalan berikiutan saham syarikat milik Felda itu mengalami kemerosotan.

Kebimbangan itu dijelaskan beliau dalam pertemuannya dengan Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) di Putrajaya yang diketuai pengerusinya Mazlan Aliman, siang tadi.

Dalam pertemuan tersebut, wakil ANAK berkata, Mahathir menjelaskan bahawa beliau bimbang pelaburan besar yang dibuat Felda itu terlepas di tangan pihak luar.

Jelas beliau lagi, pelaburan yang dibuat FGV dilakukan di luar negara dan sudah pasti hanya menguntungkan pihak luar bukanya kita.

Mahathir turut mengimbau kembali kisah lama dengan menyentuh hubunganya dengan pegasas Felda, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan jasa bapa kepada Datuk Sri Najib itu kepada beliau.

Bapa kepada Menteri Besar Kedah itu juga turut mengungkit jasa-jasanya semasa memabngunkan tanah Felda dengan menyatakan bahawa ladang-ladang Felda semasa zaman pentadbiranya diurus dengan baik sehingga mampu mendatangkan pulangan lumayan kepada Peneroka.

Dalam pada masa yang sama, Mahathir turut mempersoal perlantikan Isa Samad selaku pengurusi Felda dan turut menzahirkan rasa khuatir beliau bahawa Felda akan hancur jika ditadbir urus oleh individu yang tidak sepatunya.

Di penghujung perjumpaan dengan rombongan wakil dari parti Pembangkang itu, Mahathir sekali lagi menyuarakan hasrat hatinya mahu Najib berundur dengan melepaskan jawatan perdana menteri kerana bimbang negara dan legasinya yang ditinggalkan akan hancur.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Najib skrg dah jadi liabliti, bukan lagi aset.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun jadi liabiliti yg lebih besar lagi kepada negara, malah tindakannya mengancam ketenangan yg rakyat nikmati sebelum isu 1MDB ini dicanang oleh Tun dengan kenyataan mahu mengukuhkan UMNO. Tetapi kesan adalah sebaliknya.

      Padam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.