Disediakan oleh
Unknown
9:46:00 PTG
-
0
Ulasan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Muhamad Hanif Mohd Rozaimi cedera di muka dan tangan selepas bermain mercun bola di rumahnya di Tasek Gelugor, di sini, Isnin.
Menurut ibu kanak-kanak itu, Suraya Md Desa, 40, beliau tidak menyedari Muhamad Hanif bermain mercun sehingga terdengar bunyi dentuman kuat dan suara anaknya menjerit meminta tolong.
"Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, (Muhamad) Hanif baru balik dari sekolah dan dia dipercayai terjumpa beberapa biji mercun bola itu dalam rumah, saya pun tidak pasti ia milik siapa.
"Saya cuma nampak Hanif tergesa-gesa keluar dan saya tidak pasti dia mahu buat apa. Rupa-rupanya dia membakar mercun bola itu di perkarangan rumah kami," katanya di sini, Selasa.
Katanya ketika sedang bersiap untuk memasak bagi berbuka puasa beliau terdengar bunyi dentuman kuat sebelum Muhamad Hanif menjerit meminta tolong.
"Selepas dentuman kuat mercun, saya dengar suara anak meraung kesakitan dan saya terus keluar untuk melihat keadaannya. Dia mengalami kecederaan iaitu melecur di muka dan tangan," katanya.
Suraya yang merupakan suri rumah berkata beliau membawa Muhamad Hanif ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan sebelum dia dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.
Katanya Muhamad Hanif melecur tiga peratus di muka dan tangan akibat kejadian itu.
"Nasib baik keadaannya tidak teruk tetapi dari semalam Hanif asyik merengek sakit mungkin sebab kesan melecur akibat letupan berkenaan," katanya.- Bernama
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.