Disediakan oleh
Unknown
11:00:00 PTG
-
0
Ulasan
Anak kepada pengasas Felda yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian 'durian runtuh' dan duit raya berjumlah RM900 kepada hampir 100,000 Peneroka Felda seluruh negara ketika merasmikan program Ihya' Rahmat Ramadan warga Felda peringkat kebangsaan di Felda Pasoh 4.
Dalam ucapanya, Najib menjelaskan bahawa pemberian 'durian runtuh' itu adalah hasil dari pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang berjumlah RM59,212,800 serta duit raya RM29,606,400.
Najib juga turut memberitahu bahawa pembayaran dividen dan pemberian duit raya sebanyak RM600 dan RM300 tersebut hanya melibatkan Peneroka yang setia bersama Felda.
Turut dilihat hadir bersama kira-kira 5,000 peneroka ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Peneroka yang tidak bersama Felda ialah mereka yang tidak menanam semula bersama Felda atau tidak menghantar hasil ladang kepada Felda, berurus niaga tanah tanpa kebenaran dan menyaman Felda.
Pemberian dividen dan duit raya ini sekaligus menutup mulut pihak tertentu yang tidak pernah merasa jemu menghasut dan mengganggu keharmonian serta kestabilan Felda hari ini yang terbukti telah banyak membela nasib rakyat.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.