Disediakan oleh
Unknown
10:27:00 PTG
-
0
Ulasan
Jika diambil kira statistik, menurut ramalan dan kajian yang dijalankan oleh syarikat-syarikat keselamatan siber, mendapati risiko ancaman siber seolah-olah tidak pernah berhenti. Boleh dikatakan hampir setiap hari serangan siber terhadap pengguna komputer dilaporkan di seluruh dunia.
Malah, ancamanya semakin bervariasi dan mencabar untuk membendungnya. Tambahan pula semakin ramai yang menggunakan komputer dan peranti mudah alih untuk tugasan harian.
Selain itu, penggunaan khidmat aplikasi yang berasaskan web yang semakin popular hari ini seperti perbankan dalam talian, e-mail dan laman sosial menyebabkan berlakunya peningkatan serangan atau jenayah siber.
Berikut adalah fakta-fakta menarik berkaitan ancaman siber dan perlunya langkah berkesan untuk menaganinya.
1. Syarikat keselamtan siber menjangkakan bahawa ancaman siber akan berterusan sepanjang tahun 2015. Ancaman ini dikatakan datang dalam pelbagai bentuk, ini meliputi jangkitan malware, serangan penggodam, dan kecurian data-datang penting yang direkod dalam talian.
2. Mereka juga mendakwa jumlah malware baru yang dicipta terus meningkat dari semasa-kesemasa. Ini bermakna risiko terkena jangkitan tetap ada dan langkah-langkah perlindungan masih diperlukan bagi menangkis seranganya.
3. Oleh yang demikian, penggunaan perisian antivirus atau keselamatan internet pada komputer masih lagi relevan hari ini kerana malware boleh menular dengan pelbagai cara seperti menerusi e-mail, laman web, storan luaran, laman sosial dan sebagainya.
4. Teknik kejuruteraan sosial juga sering digunakan oleh penjenayah siber untuk memperdaya mangsa. Contohnya mereka cuba memancing (phishing) mangsa yang tidak menyedarinya, agar menyerahkan data-data atau maklumat peribadi penting mereka.
5. Biasanya, penjenayanh siber cuba mencuri data penting atau bernilai seperti nama panggilan dan kata laluan. Data ini sering digunakan untuk mengakses akaun perbankan dalam talian, akaun e-mail dan pelbagai akaun laman sosial.
6. Malware jenis trojan juga kerap digunakan untuk mencuri data penting mangsa. Malah, ada trojan yang berupaya menyorok fail atau mengunci fail mangsa. Lebih malang lagi apabila penjenayah siber ini menuntut tebusan atau habuan untuk membuka kuncinya.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.