Disediakan oleh
Unknown
12:25:00 PG
-
0
Ulasan
Biarpun tewas 1-6 dalam perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund di Stadium Larkin malam tadi, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkata, perlawanan itu sangat bermakna kerana pasukan kerdil yang sedang membangun seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dapat mempelajari banyak teknik daripada pasukan yang sudah mencapai kecemerlangan di Eropah.
Menurut TMJ, perlawanan persahabatan dengan pasukan yang lebih kuat merupakan peluang untuk mengenalpasti kelemahan dan memperbaiki mutu permainan pasukan JDT supaya tampil lebih mantap pada musim akan datang.
Dalam pada masa yang sama, Tunku Ismail menganggap perlawanan persahabatan di antara JDT dan Borussia Dortmund sebagai simbol usahasama untuk meningkatkan mutu pemain dan pembagunan bola sepak negeri.
TMJ dalam satu kenyataanya di Facebook Johor Shouthern Tigers, membidas dakwaan pihak tertentu yang mendakwa kononya rekod cemerlang JDT akan lebur sekiranya kalah bertemu Borussia Dortmund dengan mengingatkan mereka bahawa perlawanan tersebut hanyalah perlawanan persahabatan.
Bagimanapun jelas TMJ lagi, matlamat utama pasukan JDT adalah pada 13hb Julai depan untuk bersaing dengan Pahang yang disifatkan Real Madrid Malaysia dalam usaha merebut kejuaraan liga.
TMJ turut memberi penghormatan kepada pasukan bola sepak negeri Selangor dengan memuji pasukan yang terkenal dengan jolokan 'The Red Giants' itu sebagai sebuah pasukan lagenda dan kelab gergasi bola sepak yang cemerlang serta patut dicontohi oleh pasukan negeri lain.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.