Terkini

Rabu, 8 Julai 2015

Kumpulan Anti Najib Kecewa Akaun Bank Milik PM Tiada Kaitan

najib-akaun-bank

Difahamkan terdapat segelintir pihak yang menyokong kuat pengunduran Datuk Sri Najib sebagai Perdana Menteri hari ini melahirkan rasa kecewanya apabila laporan awal siasatan  terhadap enam (6) akaun bank yang dibekukan pada Isnin lepas didapati tidak mempunyai kaitan dengan akaun bank peribadi milik Perdana Menteri.

Pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan berhubung kes ini memberitahu bahawa dana kerajaan yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dikatakan berbeza daripada apa yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ).

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataanya juga turut mengesahkan bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri.

Dalam satu laporan lain, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti laporan dan dokumen yang didedahkan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata selepas pengesahan dibuat, peguamnya akan mengambil tindakan selanjutnya termasuk menyaman pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah tersebut.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. Anonymous July 8, 2015 at 11:09 PM
    Slm din….saya rasa loya2 ni x keliru….dorang xde kes nak kenakan wsj so dorang request info dan mta confirmation yg wsj kata duit dari 1md (padahal wsj x penah kata pun dr 1md).kalau wsj tersilap bg jawapan maka barulah loya2 ni bertindak. Namun WSJ pun ada loyar sendiri gak dan rasa saya mereka x semangkuk utk bg info/pengakuan yg diminta ni…

    Ni smua mainan loya utk build a case shj. Tapi yg BODOHNYA loya2 ni g mta pengesahan/detail dr pihak yg sebarkan maklumat....jenis loya makan gaji buta malas nak keje...
    Lebih kurang mta prompak nama alamat waktu cara rompakan supaya boleh diadakan kes terhadap perompak tu...
    Dia dan loyanya nampak xde idea/ground utk menyaman wsj.

    Fakta:
    1) Dia x penah deny bersama bukti sampai ke hari ni secara umum.
    2) Dia x kotakan janji utk ambil tindakan undang2 sampai ke harini. (Apa yg lawyer dia htr cumalah surat pertanyaan/pengesahan dgn tujuan utk menjerat wsj)
    3) Bank kancil yg berkuasa penuh x deny/beri kenyataan
    4) Bank unta pun senyap
    5) Akaun dibekukan

    ....................
    Reply To This Comment ...................
    Anonymous July 8, 2015 at 11:11 PM
    -luv tun m.

    jika begitu tidak mengapalah asalkan saudara din sudah nyatakan kekangan waktu yang saudara nyatakan itu. terima kasih beri respon.

    ....................
    Reply To This Comment ...................
    Anonymous July 8, 2015 at 11:17 PM
    -luv tun m.
    sinis bunyinya dari tun m kepada najib. moga-moga najib belum pinda wang dalam akaunnya ke akaun lain.
    simple answer dari tun m, periksa akuan najib. jika ada puluhan atau ratusan juta memang faham-fahamkan sahajalah.

    ....................
    Reply To This Comment ...................
    Anonymous July 8, 2015 at 11:30 PM
    Hihi din, lupakh pd jusof kala, sblum pru13? perjanjian dgn nwar utk serahkn kerusi dgn cara damai kn? Bersyarat lah tuu, sbb kerusi umno meningkat dn tlg menangkn pru lepas, tk langsung tima kasih pd org terutamanya pd org melayu, sbb kemenangan itu jadi beban dgn segala bahana spt skrg.

    Din yg tu tkkan tk leh baca

    ....................
    Reply To This Comment ...................
    Anonymous July 8, 2015 at 11:35 PM
    itu lah dia pah lawan bugis.. cara dia jawab tu tak kukuh. tak de pedirian... bila dia jawab je mesti ada benda akan berbangkit... MAMPUS. bye bye BN. MMG ajaib kalau BN masih menang PRU

    ....................
    Reply To This Comment ...................
    Anonymous July 8, 2015 at 11:37 PM
    Tun M mempunyai sumber yang banyak pasal 1MDB. Sudah tentu apabila Tun membuat tuduhan, ianya bersandarkan kepada bukti dan saksi. Tun takkan membuat tuduhan sewenang2nya. Sama seperti tuduhan terhadap Anwar Ibrahim yang pada mulanya diragui tapi sejarah membuktikan Tun tak pernah silap.

    Oleh itu, tuduhan terhadap Najib ada asasnya. Cumanya, Tun semacam merahsiakan "sesuatu" sebab sebenar beliau menyerang Najib. Ya, sesuatu yang Tun sengaja sembunyikan demi menjaga aib Najib. Ingat lagi tak bagaimana Tun merahsiakan isi surat Wan Azizah yang ditujukan kepadanya. Mungkin sampai mati pun, Tun tetap merahsiakan kandungan surat tersebut. Najib pun sama jugak, ada rahsia besar yang Tun simpan dan takkan dedahkan demi menjaga air muka Najib.

    Tapi macam biasalah, Najib buat2 tak faham signal Tun. Tun suruh berenti tu berentilah. Ada sebab Tun suruh macamtu. Ini bukan soal maruah Najib semata2 tapi maruah sebuah negara kerana Najib adalah seorang PM.

    ....................
    Reply To This Comment ...................
    Anonymous July 8, 2015 at 11:38 PM
    salam,
    selepas ketiadaan tukang fikir yang meninggal, maka keadaan ahjibgor sangat buruk, kondom playsafe yang dipakainya tak dapat lagi menyelamatkannya hingga kini. segala yang keluar dari mulutnya, makan diri. ahjibgor tak nafikan kemasukan wang tersebut, hanya berkata tak guna duit untuk kepentingan diri sendiri. teringat artikel yang dibaca bahawa ada yang keluar wang berjuta. salah tdm ke ?rasanya salah diri sendiri kerana tak cerdik dan lambat dalam tindakan. semua kena tunggu dah jadi bubur baru nak selamatkan

    ....................

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.