Terkini

Ahad, 28 Jun 2015

Umno Johor Pasrah Jika Khairul Anwar Mahu Lepas Jawatan

khaled-umno-johor
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menganggap keputusan Naib Ketua Pemuda Umno Johor Datuk Khairul Anwar Rahmat melepaskan semua jawatannya dalam parti itu dilihat sebagai tindakan peribadi dan perlu dihormati

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, beliau mengesahkan bahawa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai berita perletakkan jawatan tersebut. Bagaimanapun, Menteri Besar Johor itu menyatakan kesediaanya untuk bertemu dengan Khairul Anwar bagi mendapatkan penejelasan lanjut.

Khairul Anwar baru-baru ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti berkuatkuasa 11 Julai ini. Beliau dilaporkan berkata, keputusan diambil selepas mendapat restu dari ibu serta perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.

Mengulas lanjut berhubung isu penangguhan pemilihan Umno yang dijadual pada tahun depan, Mohamed Khaled berkata,keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) itu diterima baik badan perhubungan Umno Johor.

Jelasnya lagi, keputusan yang dibuat itu dapat memberi ruang kepada pemimpin untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta usaha untuk memperkukuhkan parti selain persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang yang dijangka lebih mencabar.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.